Kelas Asas Microsoft Excel
20 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 4 orang belia.
Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta tentang pengertian Microsoft Excel. Peserta juga telah diberikan latihan membuat jadual menggunakan Excel. Selain itu juga, peserta diberi penerangan asas matematik dalam membuat formula di Excel. Peserta juga telah diberi latihan pengiraan menggunakan formula yang dibimbing oleh Staf NADI.
Diharapkan kelas komputer ini dapat memberi manfaat kepada komuniti. Semoga banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran ICT dikalangan komuniti luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: